Isnin, 21 Disember 2009

Serangan Pacat


Mengharungi belantara dan sungai merupakan antara perkara yang menarik yang terdapat di dalam KRS. Kadang2 bukan jauh sangat tempatnya dari sekolah. Namun dek kerana ketagih hendak menghirup udara hutan dan merindui suasananya, hutan yang dekat pun sanggup diredah. Hutan semulajadi ataupun hutan buatan pun boleh. Tahu tidak apa hutan semulajadi dan apa hutan buatan? Kalau tidak tahu, malulah jadi ahli KRS!

Banyak perkara berkenaan hutan yang boleh diceritakan. Salah satunya ialah pacat. Pacat ialah sejenis fauna parasit yang menghisap darah binatang untuk hidup. Yang menarik tentang pacat ialah ia tidak memilih binatang apa asalkan darah boleh disedut untuk meneruskan kehidupan. Ini termasuk manusia! :)

Walaupun pacat kurang memilih mangsanya namun kajian telah menunjukkan bahawa pacat tidak menghisap darah pesakit AIDS. Pelik bukan? Tapi itu adalah ketentuan Allah. Mungkin pacat boleh mengesan jenis darah mangsanya agaknya? Kebiasaannya pacat akan menghisap darah kotor yang terdapat di dalam badan kita. Jadi, apa yang hendak dikirakan sangat? Biarlah pacat hisap darah kotor kita sampai habis. Badan sihat otak pun cerdas. :)

Kalau terkena gigitan pacat, darah yang mengalir daripada kesan luka sukar untuk diberhentikan. Ini adalah kerana pacat melubangkan pembuluh darah kita. Tidak cara lain selain daripada kesan luka perlu dibebat untuk memberhentikan darah yang mengalir. Ada yang kata bakar kesan luka guna api. Sanggup ke?

Sekiranya pacat masih melekat pada badan kita, jangan dicabut guna tangan. Kalau dicabut, gigi pacat akan tertanggal dan tertinggal di dalam badan kita selama lebih kurang setahun. Kesannya? Tempat luka akan sentiasa gatal. Kalau digaru kuat sangat, tempat luka akan berdarah semula. Seeloknya, pacat yang masih dibadan dibiarkan saja sehingga ia habis menghisap darah. Alah, darah kotor saja! Kalau takut sangat, taburkan garam pada pacat tersebut. Berbuih-buihlah pacat itu mati.

Cerita pasal pacat ini aku teringat kisah aku, Deris (batch 1997) dan rakan2 mendaki bukit Salem di FRIM. Deris ini kecil saja orangnya. Semasa kami mendaki bukit tersebut, kami kehabisan air. Maka, masing2 kering tekak dan termengah-mengah. Sehinggalah kami sampai ke suatu punca air (mata air). Sampai sekarang aku pelik kenapa ada mata air di situ sedangkan FRIM ialah hutan buatan. Kami pun melepaskan dahaga dan menadah air tersebut ke dalam botol air masing2. Deris yang kepanasan membuka bajunya. Terkejut kami dek kerana banyaknya kesan darah pada badan Deris di depan dan di belakang seperti terkena 'burst' senapang auto. Rupa2nya itu ialah gigitan pacat. Dan yang menariknya, pacat2nya masih ada! Sebenarnya video kejadian tersebut diambil oleh Sufril (Batch aku, 1996) tetapi mana hilangnya video tersebut, aku pun tidak tahu.

Aku rasa tentu 'korang' pun ada cerita menarik berkenaan pacat ini. Aku jarang kena pacat. Mungkin sebab aku amalkan petua 'ikat getah' yang diajarkan oleh Allahyarham Cikgu Thani kepada aku. Biasanya pacat tersebut terpaksa naik sehingga ke baju untuk ke kulit aku. Dan biasanya aku perasan. Dan jarang2 sangat aku kena gigitan pacat ini. Jadi, macam mana? Takut pacat atau suka pacat? Sekian.

2 ulasan:

  1. Pengalaman kena pacat memang biasa. Aku masa camping di hutan FRIM jugak lah. Tengah jungle tracking kaki aku rasa cam gatal. Al maklumlah pakai jungle boot. Memang dah ikat jungle boot bersama kasut dengan getah tapi ialah pacat kan. Apabila buka jer jungle boot mak oiiii..pacat yang dah kekenyangan jatuh setelah jungle boot ditanggal. Mungkin dia dah kekenyangan menghisap darah aku sampai besar badannya sama dengan lebar lintah sawah tuh. Lepas tu adalah mamat sorang tu aku tak ingat namanya, nampak terus pijak emmm...apa lagi memancut meletup dengan darah kotor aku tu. Pacat ni bagus sebagai pembasmi kuman dalam darah pada mereka-mereka yang takut nak derma darah.

    BalasPadam
  2. eee...
    lau lah tau kepentingan pacat nie,
    saya biarkan pacat tue melekat kat jari kaki.
    hanya Tuhan jerk tau perasaan saya time tue.
    menjerit jerit,
    nak nanges,
    takut.
    sakit jantung.
    eee...
    takut betol lah.
    pertama kali ner kat diri sendiri.

    BalasPadam