Jumaat, 11 Mei 2012

Sejarah Malam Kebudayaan: Angklong

Membuat persembahan di atas pentas mempunyai cabarannya yang tersendiri. Namun, untuk membuat suatu persembahan yang mampu memukau penonton, tidak cukup hanya sekadar bakat. Ianya memerlukan gabungan beberapa elemen2 persembahan termasuk penggunaan 'prop' dan alatan yang mampu menambah daya penarik suatu persembahan. Aku maksudkan semuanya, persembahan intelek, nyanyian dan lakonan.
Dalam catatan kali ini, aku ingin berkongsi mengenai satu alat yang masih wujud di dalam markas KRS SMK Raja Abdullah iaitu 'Angklong'. Aku sedar, sesekala ada mata yang tertarik kepada 'Angklong' yang diletakkan di atas almari di dalam markas. Tidak kira sama ada dari dalam sekolah mahupun pelawat2 yang datang ke sekolah. Dari cara mereka memandang Angklong tersebut, aku dapat rasakan yang ada soalan terbuku dibenak mereka. Namun, pada siapa ingin mereka tanyakan soalan tersebut?
Angklong tersebut merupakan salah satu daripada peninggalan Allahyarham Cikgu Thani yang masih wujud di SMK Raja Abdullah. Beliau membeli Angklong tersebut pada tahun 1993. Kali pertama ianya digunakan untuk persembahan ialah semasa kumpulan nasyid KRS membuat persembahan di SMK Dato' Lokman. Lagunya ialah 'Kenangan Indah Bersama Rasulullah'.
Aku masih ingat semasa kami membuat persembahan tersebut, 8 orang ahli KRS memainkan Angklong tersebut. Setiap ahli memegang satu 'key' Angklong dan memainkannya ketika sampai giliran mereka mengikut 'note' lagu. Dengar macam susahkan? Tetapi ianya berjaya kami lakukan dan persembahan kami mendapat pujian ramai.
Malam Kebudayaan di dalam KRS sebenarnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Apabila mengatakan tentang sejarah Malam Kebudayaan, ianya bermula di SMK Raja Abdullah. Tidak lupa juga, SMK TTDI juga banyak terlibat di dalam sejarah ini. Aku akan terus menulis dan menulis. Selagi terdaya dan selagi aku boleh ingat. Sambil aku merujuk kepada beberapa orang2 lama di dalam KRS itu sendiri. Majulah KRS Untuk Negara!