Jumaat, 7 Disember 2012

Siapa Pencipta Logo KRS?

Sebagai satu organisasi, KRS tidak akan terlepas daripada keperluan memiliki logo yang pasti akan digunakan di dalam pelbagai perkara yang berkaitan dengannya. Terutama perkara2 yang melibatkan pengurusan, surat-menyurat, bendera, pakaian dan lain2. Dan ketika kertas kerja KRS dibentangkan di Kementerian Pelajaran, pastinya Allahyarham Cikgu Thani sudah mengetahui akan kewajiban memiliki logo. Ianya pasti akan menjadi salah satu 'item' yang akan ditanya dan dinilai oleh pihak kementerian.
Namun sehingga ke hari ini, tidak ada sesiapa yang pernah me'war2'kan mengenai siapa pencipta sebenar logo KRS. Tidak mungkin logo KRS itu ada dengan sendirinya. Betul tidak? Dan secara logiknya, ianya pasti bukan ciptaan sesiapa yang berada di kementerian ketika itu. Sebabnya? Kertas kerja KRS disediakan oleh Cikgu Thani. Tidak mungkin dia tidak bersedia. Kan?
Sebenarnya logo KRS diilhamkan oleh Allahyarham Cikgu Thani sendiri. Perkara2 yang perlu ada, misalnya bunga padi, bulan bintang, moto dan lain2, semuanya telah difikirkan untuk diwujudkan di dalam logo tersebut.
Namun, yang menyusun dan menciptanya ialah seorang guru di sekolah pengasas KRS yang bernama En Amirudin bin Harun. Beliau sangat rapat dengan Cikgu Thani semasa mengajar di SMK Raja Abdullah (sekolah pengasas) dan berterusan sehinggalah Cikgu Thani menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau duduk sebilik dengan Cikgu Thani di dalam Markas KRS (rujuk catatan Markas KRS Yang Pertama) semasa di SMK Raja Abdullah. Kalaulah ada orang yang paling tepat untuk dirujuk mengenai sejarah KRS, beliau adalah salah seorang daripadanya.
Kemudian, logo KRS tersebut telah dimurnikan oleh seorang guru yang dahulunya mengajar di SMK Raja Abdullah juga yang bernama En 'Asari bin Muhammad. Beliau ialah seorang guru Pendidikan Seni yang kini bertugas sebagai Ketua Jurulatih KRS di Kuala Selangor.
Walaupun fakta mengenai penciptaan logo ini telah aku bongkarkan, namun ianya tidak berguna tanpa bukti yang jelas. Namun, saksinya masih ada dan masih boleh dirujuk untuk mengesahkan kebenaran fakta ini. Mungkin ada masa nanti aku akan mencari bukti2 penciptaan logo KRS dan kongsikan di dalam blog ini. Insyaallah...