Khamis, 17 Disember 2009

KRS - Dulu & Sekarang


Sejarah penubuhan KRS bermula sejak akhir 80-an lagi. KRS telah menyediakan kepelbagaian pilihan unit2 beruniform di sekolah. KRS mempunyai variasinya yang tersendiri berbanding unit2 beruniform yang lain. Malahan KRS merupakan satu2nya unit beruniform yang bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. KRS telah melalui pelbagai cabaran dan penambahbaikan sejak zaman penubuhannya hinggalah sekarang. Sebagai seorang ahli KRS, kita sepatutnya bangga dengan pencapaian yang telah direalisasikan oleh pemimpin2 KRS yang menunjukkan peningkatan dari pelbagai segi dan bidang daripada peringkat sekolah sehinggalah peringkat kebangsaan. Malahan ada ahli KRS yang sudahpun mewakili Malaysia dalam acara2 yang melibatkan unit2 beruniform.

Aku sering tersentuh apabila terlihat pelajar2 yang mengenakan uniform KRS. Dalam hati aku, 'inilah pengorbanan yang Cikgu Thani lakukan'. Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa Cikgu Thani tetapi sekurang-kurangnya aku tahu yang pahala 'ilmu bermanfaat' itu akan selalu dikirimkan kepada beliau di 'sana'. Cuma, ketidaktahuan berkenaan beliau itu yang membuatkan aku tersinggung. Sebab itu aku adakan blog ini. Dan Insyaallah satu hari nanti aku akan buatkan satu buku berkenaan beliau. Doa2kanlah ye.

Kadang2 aku terkejut juga apabila ada 'mat bangla' dan 'mat indon' yang mengenakan T-Shirt KRS untuk melakukan kerja2 berat. Kalau tidak percaya, cuba perhatikan tapak2 pembinaan berdekatan dengan tempat 'korang'. Agaknya T-Shirt KRS ini selesa dipakai kerana peluh mudah diserap serta berlengan panjang. Maklumlah, mereka ini bekerja di bawah terik matahari. Pernah sekali aku terlihat 'mat indon' menguruskan ternakan rusa disiarkan di TV3 mengenakan T-Shirt KRS. Kadang2 aku 'confuse'. Hendak bangga atau merasa terhina? Terpulanglah kepada diri masing2.

Dahulu, hanya beberapa buah sekolah (boleh kira pakai jari) yang memasukkan KRS sebagai salah satu unit beruniform di sekolah mereka. Walaupun dahulunya nama KRS ialah Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM), namun pengisiannya masih lagi sama. Cuma ada beberapa penambahbaikan yang dilakukan untuk menyesuaikan silibus KRS dengan keadaan semasa. Maklumlah, dulu KPIM hanya boleh disertai oleh pelajar2 lelaki Islam saja. Kini, pelajar2 perempuan dan pelajar2 yang bukan Islam juga boleh menyertai unit beruniform ini.

Kini, KRS telah berada hampir seluruh sekolah di Malaysia. Maklumlah, KRS ini boleh dikatakan 'anak emas' Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebab itu pertandingan kawad kaki unit2 beruniform mempunyai 3 kategori; KRS, Badan Kerajaan dan NGO. KRS mempunyai kategorinya yang tersendiri. Kategori ini khas untuk ahli KRS menunjukkan bakat kawad dan kepimpinan (ketua platun) mereka. Bila direnungkan kembali, betapa payahnya perjuangan Allahyarham Cikgu Thani untuk KRS berada ditahap ini. Dan betapa bangganya aku, KRS kini berdiri sama tinggi dengan unit2 beruniform yang lain.

Yang pastinya, KRS kini berperanan di pentas kebangsaan. Mungkin sayap KRS tidaklah selebar pengakap atau St John yang bertaraf dunia. Tetapi di Malaysia, KRS merupakan unit beruniform kegemaran pelajar2 di sekolah. Aku mengharapkan agar KRS akan terus berkembang maju dan berkesinambungan. Semoga pemimpin2 KRS dapat meningkatkan lagi pencapaian KRS dari tahun ke tahun. 'Cikgu Thani, kalaulah cikgu ada untuk menyaksikan perkembangan KRS sekarang..'. Wassalam.

4 ulasan:

  1. ~benar kata cekak sufi.
    walaupun sy x pernah lihat pekara sebegini.
    tp saya tahu ia memang ada.
    dan,seperti yang sy lihat adalah...terdapat segelintir pekerja buruh memakai seluar hijau krs.maklumlah seluar hijau krs memang tahan lasak serta selesa dipakai.sama juga perasaanya...sama ada bangga ataupun rasa terhina. di sekolah sy hanya saya seorang shj pelajar cina yg menyertai unit beruniform ini.kadang kala,ramai rakan lain dan guru jugak tertanya knp sy menyertai unit beruniform...apalah yang hendak dijawabnya...walaupun ini adalah minat dan cita-cita setiap orang.mereka masih tertanya2...sekian sahaja.
    :)

    BalasPadam
  2. Salam...Bagus Fadzli berkenaan menulis buku sejarah arwah Cikgu Thani Sya'ban (Pengasas KPIM kini KRS).Ramai tak tahu sejarah penubuhan KRS dulu. Mungkin dalam slot latihan KRS perlu diselitkan subjek mengenali sejarah penubuhan KRS contohnya. Emmmmm...berkenaan baju yang dipakai oleh "mat-mat Bangla" dan "mat-mat Indon" tu bagi saya satu kebanggaan jugak sebab dulu ketika KPIM tak pernah ada yang pakai baju tu samapi masuk TV. Camner pun think positive. Tahniah teruskan usaha membawa pembaca mengenali sejarah KRS di mata orang Malaysia.

    BalasPadam
  3. Buku berkenaan sejarah KRS n Cikgu Thani Insyaallah akan saya realisasikan. Cuma perlu sedikit berhati-hati takut ada yang mengambil kesempatan. Sedang fikir cara untuk 'submit' manuskrip buku kalau sudah siap. :)

    BalasPadam
  4. saya menyokong usaha Cikgu.semoga sukses.

    BalasPadam