Khamis, 5 November 2009

Kejayaan Menanti Di Hujung Kesabaran


Alhamdulillah. Hari ini adalah hari terakhir Final Exam. Semua peperiksaan wajib maktab telah selesai. Yang tinggal Kursus Induksi yang akan bermula esok. Hujungnya juga ada peperiksaan. Namun, ianya adalah peperiksaan wajib untuk pengesahan jawatan untuk kakitangan kerajaan. Sedar tidak sedar, pengajian aku di maktab sudah hampir sampai ke hujungnya. Setahun berlalu, banyak pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui. Yang penting, aku boleh kembali ke sekolah untuk bertemu dengan murid2 dan pelajar2. Aku rindukan semua itu. Terima kasih buat Cikgu Amir yang banyak membantu dalam perjalanan aku menjadi guru terlatih. Tidak lupa juga buat ahli2 KRS SMK Raja Abdullah yang masih di sana, bekas ahli2 KRS (semua rakan2 Batch KRS 1996, Laden, Kamarul, Subli, Muhsinin, Batch KRS 2008 dan ramai lagi yang tidak mampu aku sebut) dan murid2 aku di SK La Salle (1) Jinjang. Penghargaan yang tidak terhingga juga buat emak & ayah (jasamu hanya Allah yang mampu membalasnya), adik perempuan aku (Pilah) dan adik lelaki aku (Nizam).

Berjaya itu sebenarnya tidak akan berpenghujung kecuali berjaya menjadi ahli syurga kelak. Itupun hanya tafsiran logik yang aku gunakan. Mungkin juga di syurga nanti ada lagi kejayaan yang boleh kita kejar dan kecapi. Semuanya adalah ketentuan Allah. Namun, berjaya sebenarnya boleh kita kecapi sepanjang hidup kita. Sama ada kejayaan itu besar atau kecil, ianya tidak penting. Yang pastinya, kejayaan itu mampu memberi makna yang tersirat buat kita meneruskan hidup dengan gembira. Mungkin hari ini kita gagal, namun mungkin esok kita berjaya. Yang penting, jangan berputus asa. Andai jatuh, bangun semula. Andai tercicir, kutip semula. Andai terhenti, langkah semula.

Sejarah KRS juga ada jatuh bangunnya. Cuma, apa yang tercatat dalam Buku Rasmi KRS hanya yang indah-indah belaka. Siapa tahu bagaimana Cikgu Thani yang kadang2 tersungkur dan hilang upaya? Namun demi anak bangsa, digagahkan jua. Biar berlapar perut biar berkering dahaga. Kaki melangkah, berundur tidak ada. Begitulah Cikgu Thani yang sungguh berjasa. Pengasas KRS yang hidupnya sederhana. Namamu akan aku kenang sampai bila-bila.

Percaya atau tidak, sebenarnya KRS banyak membentuk gaya hidup dan pemikiran aku. Aku yakin, ahli2 KRS di luar sana juga akan sebegitu. Itupun sekiranya mereka menghayati apa yang ada di dalam KRS. Kalau hangat2 tahi ayam, memanglah tidak terasa bahangnya. Sebab adakalanya semasa pengambilan baru KRS di tingkatan 1, keahlian mencecah ratusan pelajar. Namun yang betul2 tamat tingkatan 5 boleh kira pakai jari saja. Agaknya, mula2 masuk sekolah menengah jiwa masih suci. Maka, senanglah tertarik dengan KRS dan aktivitinya. Namun bila jiwa sudah mula menjadi 'otai' semuanya hilang. Apa yang menarik hanyalah motor, awek, balak, style, budaya barat, rokok dan banyak lagi benda yang negatif. Difikirkan semua itu orang pandang hebat agaknya? Sudahlah! Esok bila sudah besar dan jiwa mula menggatal hendak kahwin, barulah hendak fikir cari kerja bagus2. Kalau ada pelajaran bolehlah juga jadi Eksekutif. Tapi kalau SPM pun cukup2 makan, kerja despatch @ kerani sajalah. Bukan niat hendak menghina tapi sekadar memberi peringatan pada mereka2 yang lupa daratan. Jangan nanti sudah terhantuk baru hendak terngadah! Macam mana hendak berjaya?

"Lepas saja KRS dirasmikan Cikgu sudah tidak ada apa yang hendak dikejarkan. Hang tu belajar rajin2. Buat SPM tu betul2. Nanti boleh masuk Universiti...". Itu antara kata2 semangat dari Cikgu Thani yang tidak akan aku lupakan. Kata2nya sungguh bermakna dan ianya terbukti. Sayangnya tatkala aku sudahpun bergelar Mahasiswa, Cikgu Thani pergi buat selama-lamanya. Doa aku semoga Cikgu Thani tergolong dalam golongan orang2 yang berjaya. Kerana, hidupnya selalu dihiasi dengan kesabaran. Dan aku pasti, kejayaan itu menanti di hujung setiap usaha dan kesabaran. Sekian.

1 ulasan:

  1. assalamualaikum. saya amat terharu dan berbangga dengan saudara yang menulis catatan ini, bagai tesentuh rasa hati bila membacanya.Saya ahli perwira tahun 1987. no keahlian saya 1318719, dan saya mesih ingat dikala pertama kali ahli perwira diadakan di latihan dihujung rumah papan yang diminta cikgu Thani untuk kami berkemas bagi mengadakan latihan, telalu banyak kenangan yang terpahat didalam diri ini. setiap detik menjadikan aku bersyurkur menjadi ahlinya. nantilah bila saya bersedia saya akan coretkan kenangan bersama arwah cikgu sani buat kalian adik adik2ku. kenangan disaat awal penubuhanya 5 tahun waktu aku bersamanya 1987 -1991. pak chu.

    BalasPadam