Polis trafik? Pasti perkara pertama yang bermain di fikiran kita ialah seorang lelaki yang bermisai tebal, berkaca mata hitam, beruniform putih, helmet putih, tegap dan 'macho'. Pasti menggetarkan hati setiap kali ditahan untuk pemeriksaan polis. Dan 'kuasa tangan'nya, cukup untuk membuatkan kereta yang sedang laju memberhentikan keretanya.
Jadi, apa kena mengenanya dengan KRS? Pasti membuatkan ramai tertanya-tanya. Ya, dalam banyak2 unit beruniform, hanya KRS dan Pengakap yang dilihat paling layak untuk menjadi 'polis trafik' sekolah sekiranya tiada unit Kadet Polis di sekolah tersebut. Ini adalah kerana uniformnya yang unik dan dilihat tegap serta mampu membuatkan si pemandu kereta berhenti secara sukarela untuk diperiksa ataupun bertanya. Tambah2 lagi sekiranya ahli KRS tersebut memakai jambul, mafla dan sarung tangan. Dan antara KRS dan Pengakap, guru2 lebih cenderung untuk meletakkan tanggungjawab 'trafik' kepada KRS. Kenapa ya?
Namun, pertanyaan sebegitu tidaklah memberi kesan emosi kepada ahli2 KRS. Ini adalah kerana, kebanyakan ahli KRS terkenal dengan sifat suka melakukan 'khidmas' ataupun kerja2 sukarela. Lagipun telah termaktub bahawa terdapat aktiviti khidmas di dalam sukatan KRS dan TKRS untuk dilaksanakan oleh para guru & pemimpin KRS. Aku pun pernah mengalaminya. Cuma, Allah telah mentakdirkan aku menjadi seorang guru, bukan polis trafik. ;)
Teringat satu kisah dulu semasa aku masih di SMK Raja Abdullah. Aku ditugaskan untuk memantau junior2 KRS untuk menjalankan tugas sebagai petugas trafik ketika Mesyuarat Agung PIBG. Memandangkan semua junior telah mengambil tempat masing2, aku & rakan2 sebaya keluar sebentar untuk bersarapan di Kedai Iswara. Borak punya borak, sehingga terlupa yang tugas memantau perlu dijalankan. Apalagi, selepas 2 jam aku pergi semula untuk memantau junior. Rupa2nya kereta2 yang diletakkan di dalam kawasan sekolah terlalu banyak sehinggakan terlalu sukar untuk kereta2 ini bergerak keluar. Junior2 yang 'baik hati' telah membenarkan semua ibubapa meletakkan kereta mereka di dalam kawasan sekolah sedangkan sepatutnya hanya para guru, 'VIP' dan AJK sahaja yang dibenarkan masuk. Nasib baik, akhirnya semuanya dapat diuruskan dengan baik. Dan tiada kenderaan yang 'tersangkut'.
Begitulah antara kisah aku, KRS dan polis trafik ini. Aku pasti, kau juga pernah ada pengalaman sebegitu kan? Pasti seronok dan tersenyum sendirian bila mengenang semula peristiwa2 tersebut. Pada aku, pengalaman semasa di sekolah menengah adalah pengalaman paling seronok sepanjang hidup aku. Walaupun penat tapi keseronokan itu membuatkan aku lupa bahawa badan menjerit-jerit keletihan. Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan